Harian Metro

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Malaysia.

Sejarah penubuhan

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Sinai ialah 15,000.

Metro Ahad

Logo Harian Metro Ahad

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 202,800 naskhah pada 21 Disember 2003. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 209,700 naskhah pada 28 Disember 2003.

Matlamat

Matlamatnya untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Pautan luar

Harian Metro

From Wikipedia, the free encyclopedia

Harian Metro is a Malaysian newspaper published in Malay language and available in the afternoon. It was launched on 26 March 1991.

The format of the newspaper is tabloid.

Other Malay newspapers include Berita Harian, Utusan Malaysia and more.